Home » » Fiqh Dakwah Dari Ijabiyyah Burung Hud-Hud

Fiqh Dakwah Dari Ijabiyyah Burung Hud-Hud

Written By PKS KOTA PADANGSIDIMPUAN on Kamis, 07 April 2016 | 17.28

burung-hud-hud-1221

oleh azizeehasan

Ikhwani fillah…
Alhamdulillah, segala puja dan puji kita hadapkan pada allah atas limpahan nikmatnya yang tidak terhingga ke atas kita. Marilah kita berterusan memuji allah, marilah kita sentiasa hadirkan jiwa kita untuk sentiasa bertaqarrub kepada allah dengan melipat gandakan amal-amal kita, melipat gandakan jihad dan tazhiyah (pengorbanan)  kita agar kita terus thabat di atas jalannya. Jalan dakwah, jalan tarbiyah dan jalan para nabi-nabi, para auliya’, para solihin dan siddiqin.
Akhi fillah..
Al-Quran di sisi kita adalah kitab dakwah wa tarbiyah. Kitab yang mengandungi pelbagai kisah untuk dijadikan ‘ibrah dalam perjalanan yang panjang ini agar kita tidak gugur dan terhenti dek kerana panas dan hujannya ritma lautan dakwah ini.
Kisah-kisah yang dipapar dan ditayangkan di dalam al-Quran adalah untuk berterusan memberikan motivasi, spirit dan semangat daya juang yang kental buat parajurit dakwah agar terbina militansi sebagai kader dakwah, dai’e, murobbi, naqib dan qiyadah.
Antara kisah menarik yang dilayarkan di dalam al-Quran adalah kisah Burung Hud-Hud dan Nabi Sulaiman. Kisah Sang Burung yang melakukan kerja dakwah dengan penuh Ijabiyah (positif) tanpa menanti arahan Qiyadah. Sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Hud-Hud membuka lembaran amal baru dakwah sehingga umat baru itu menerima hidayah dan memeluk Islam.
Allah merakamkan di dalam al-Quran pada ayat 20-23 Surah An-Naml yang bermaksud :


“ Dan dia ( Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata : “ Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah dia termasuk dari kalangan yang tidak hadir. Sudah pasti akan ku menyiksanya dengan siksaan yang amat pedih atau aku akan menyembelihnya kecuali ia datang kepadaku dengan alasan yang terang dan nyata”. Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini. Sesungguhnya akau mendapati seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan dengan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar..”.
Ikhwati fillah..
Dalam kisah ini, kita melihat bagaimana Hud-Hud yang terlewat untuk hadir di majlis pertemuaan dengan Nabi Sulaiaman a.s. Keterlambatan Hud-Hud menghadiri pertemuan ini dengan satu i’tizar (alasan) yang munasabah, bahkan memberikan informasi baru yang bermakna pada amal dakwah.
Tindakan Hud-Hud bukanlah sikap escapism (melarikan diri) dari dhawabit amal jamaie atau sebagai satu dalil Tasayyub (melepaskan diri) dari arahan Qiyadah. Kita mesti memahami tindakan Hud-Hud dengan positif untuk memanfaatkan fursoh (peluang) bagi menjayakan agenda jamaah dan misi dakwah.
Kisah ini menunjukkan betapa perlu setiap kader dakwah sentiasa sedar (yaqzah)akan agenda dakwah, diqqah (teliti) dalam amalnya agar dia tidak terkeluar dari gagasan besar yang digariskan oleh jamaah dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Begitu juga pada posisi Qiyadah yang perlu ada sikap mengawal dan tatabbu’ (follow-up) apa yang dilakukan oleh anggotanya agar agenda dakwah dan misi jamaah tercapai. Sikap peka dan sedar pimpinan terhadap prilaku anggotanya, tegas pada tindakannya akan menjamin kesejahteraan organisasi dan segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan.
Tindakan Hud-Hud juga menunjukkan setiap parajurit dakwah perlu memiliki kecerdasan dan ketangkasan untuk memanfaatkan segala ruang dan peluang bagi mengembangkan risalah dakwah. Sikap Hud-Hud yang sentiasa proaktif, positif dalam amalnya, memberikan informasi berguna menyebabakan Ratu Balqis dan pengikutnya menerima risalah islam. Pada diri Hud-Hud juga ada keberanian mengemukan alasan kepada pimpinan akibat keterlewatannya hadir pertemuan.
Kisah ini sarat dengan ma’ani tarbawi dan harokiy untuk diteladani oleh Qiyadah dan para pengikut dakwah. Ia juga menjadi Durus(pelajaran) berharga buat para Da’ie. Mas’ul dan Murobbi.
Antara pelajaran penting dari kisah tersebut untuk para da’ie, para mas’ul dan murobbi ialah.
  1. Seorang Dai’e perlu kreatif dan memiliki inisiatif positif serta proaktif di dalam amal dakwah. Dalam era digital dan informatif, setiap daie perlu memanfaatkan ruang maya, mencari maklumat yang penting untuk kemaslahatan dakwah dan memberikan impak yang tinggi dalam menjayakan agenda organisasi. Bahkan da’ie itu lebih mulia dari seekor burung Hud-hHud.
  2. Setiap pimpinan, mas’ul atau murobbi perlu bijak dalam memberikan taujih (pengarahan) dan mengawal perjalanan organisasi. Tidak semua perancangan yang direncanakan dapat dilakukan oleh qiyadah dan memantaunya kerana keterbatasan matlumat. Tindakan Hud-Hud memberikan sedikit maklumat walaupun dipandang kecil dan remah telah menyebabkan ratu Balqis dan pengikutnya memeluk Islam. Kemampuan memberikan taujih dan mengawal gelagat anggota adalah seni yang perlu dipelajari dan dicontohi.
  3. Para mas’ul atau para murobbi hendaklah melakukan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman kepada mutorobbi atau pengikutnya. Sikap tabayyun (minta penjelasan) adalah akhlak yang perlu ada pada para mas’ul sebelum melakukan tindakan menghukum. Dalam organisasi para qiyadah harus menerima alasan yang syar’ie wa tandhimi untuk menjaga keharmonian jamaah agar tidak terbuka pintu-pintu fitnah dan porak peranda jamaah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman yang menerima alasan burung Hud-Hud walaupun berkemungkinan ia benar atau berdusta. Realitinya, apa yang diberitakan oleh hud-Hud adalah suatu yang benar dan membuka medan baru dakwah.
  4. Dalam dakwah dibenarkan kita i’tidzar lil qoid fi ada’il wajib . (memberikan alasan pada pimpinan dalam melaksanakan tugasan dakwah). Setiap parajurit dakwah diharuskan memberikan alasan ketidakhadiran dalam mana-mana aktiviti dengan syarat alasan itu adalah i’tizar syar’ie wa i’tizar tandhimi. (alasan yang bersifat syarie dan mengikut adabiyat tanzim).
  5. Setiap kader dakwah perlu memiliki keberanian mengemukana alasan yang kuat dihadapan qiyadah. Keberanian tersebut berasaskan kepada kekuatan ilmu. Inilah yang dilakukan oleh Hud-Hud dihadapan Nabi Sulaiman. Kata Hud-Hud  : “Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini..”.
  6. Hudhur (hadir) kita pada setiap pertemuan dan acara yang diaturkan oleh jamaah adalah atas hudhur da’awi tarbawi.  Kehadiran kita pada setiap halaqah, setiap liqo’ setiap wasilah tarbiyah adalah atas sebab hudhur da’awi tarbawi. Kehadiran inilah yang menyelamatkan kita di hadapan qaid, mas’ul dan murobbi kita. Semua ini menjasad dan mendarah daging pada diri kita, jika kita ada memiliki sifat ijabiyyah (positif) pada amal dakwah dan amal tarbiyah kita. Setiap mas’ul, qoid atau murobbi pula perlu ijabiyyah dalam menilai setiap anggotanya agar mereka sentiasa tidak ponteng dalam setiap aktiviti dakwah dan tarbiyah.
  7. Para mas’ulin, para qiyadiyyin, para murobbiyin perlu mencontohi sikap dan prilaku Nabi Sulaiman a.s terhadap Hud-Hud. Antara sikap tersebut ialah:
  • Tafaqqud al-amir li atba’ihi  (seorang ketua merasakan  kehilangan para pengikutnya). Setiap mas’ul perlu memerhatikan sesiapa yang tidak hadir atau hadir pada setiap liqo’nya. Sikap ambil berat adalah sebahagian dari peranan dan amanahnya sebagai mas’ul atau murobbi.
  • Akhzul amr bil hazm (membuat keputusan dengan tegas). Tindakan Nabi Sulaiman yang tegas terhadap Hud-Hud jika tidak dapat memberikan alasan yang syar’ie akibat keterlambatannya hadir majlis. Setiap mas’ul harus tegas dan memiliki wibawa dalam membuat polisi dan arahan pada pengikutnya.
  • Refleksi. Setiap mas’ul harus sentiasa merefleksi perjalanan tarbiyah mutarobbinya agar hasil tarbiyahnya positif dan mendatangkan impak yang besar pada dakwah.
  • Tabayyun al-‘uzr (meminta penjelasan keuzuran).Setiap mas’ul atau murobbi perlu meminta penjelasan atas uzur dan alasan para ahlinya yang tidak hadir. Sikap tabayyun diharapkan akan menghasilkan dampak yang positif pada jamaah dan dakwah.
  • Taqdir kulli udwin (Menghargai setiap ahli). Setiap pimpinan perlu menghargai para ahli bawahannya walaupun apa levelnya, apa kondisinya, apa kedudukannya di dalam organisasi. Ini kerana sikap menghargai ahli akan membawa keseqahan pada pimpinan dan keijabiyahan pada dakwah.
Ayyuhal ikhwah…
Marilah kita sentiasa bersikap ijabiyyah pada amal tandhimi dan amal da’awi ini. Sikap ijabiyyah yang menjadikan kita kader yang proaktif dan sentiasa positif. Dengan sikap ijabiyyah ini, kita lebarkan misi dakwah kita, kita perluasan amal tajmik kita, kita berkreatif di medan baru dakwah melalui laman maya dan digital dan kita tidak meremehkan perkara yang kecil.
Marilah kita menggunakan sifat ijabiyah ini untuk mengukuhkan militansi kita sebagai kader dakwah, sebagai qoid(pemimpin), sebagai mas’ul, sebagai murobbi atau sebagai ahli kepada gerakan dakwah ini walaupun tanpa memiliki jawatan dan posisi sebagaimana sang burung Hud-Hud.
Sekecil manapun yang kita lakukan, namun jika ia bersifat ijabiy akan memberikan kesan yang besar pada dakwah dan jamaah ini. Yang penting dalam diri kita ada kemahuan yang kuat dan daya militansi yang tinggi.
Bayangkan jika kita punyai maklumat yang penting hasil perjalanan dakwah kita ke kampung-kampung, daerah-daerah, pertemuan dengan pelbagai manusia, kaji selidik kita melalui alat media massa, media cetak dan media maya. Lalu kita berikan informasi tersebut pada pimpinan kita sehinggalah menghasilkan projek dakwah yang lebih besar dan efektif, maka itu adalah dari sikap ijabiyyah  yang perlu ada pada diri kita.
Ingatlah ikhwah sekalian,..
Dakwah di fasa Infita h(terbuka)  menuntut kita kepada sikap ijabiyah.Dengan  sikap ijabiyyah inilah yang akan membuka ruang baru dakwah kita, menakung kepelbagaian mad’u kita, meluaskan pasaran dakwah kita, meningkatkan perolehan keanggotaan kita, mentajnid dan memperkasa kekuatan kita, membangunkan keseqohan umat pada kita sehinggalah allah akan memenangkan risalah dakwah ini. Moga kita terus bersikap ijabiyyah sebagaimana ijabiyah Hud-Hud dalam melakukan amal dakwahnya.


Share this article :

0 komentar :

Posting Komentar



 
Support : Link | Link | Your Link
Copyright © 2017. DPD PKS KOTA PADANGSIDIMPUAN - All Rights Reserved